'Lega anak dah cucuk vaksin'

Ibu bapa membawa anak masing-masing mendapatkan suntikan imunisasi Covid-19 di PPV WTCKL pada Khamis.
Ibu bapa membawa anak masing-masing mendapatkan suntikan imunisasi Covid-19 di PPV WTCKL pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Cuti panjang sempena Tahun Baharu Cina digunakan sepenuhnya oleh warga kota untuk membawa anak masing-masing mendapatkan suntikan imunisasi Covid-19 (PICKids) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati PPV WTCKL mula menerima kehadiran pengunjung yang agak ramai bermula jam 3 petang pada Khamis.

Bagi seorang ibu, Sharon Lee, 45, dia amat bersyukur kerana penantian anaknya berusia 11 tahun untuk mendapatkan vaksin dos pertama terlaksana hari ini.

"Memang takut bila anak belum vaksin lagi, kes budak dijangkiti banyak dah berlaku, jadi bila anak dah dapat vaksin rasa lega," katanya.

No Image Caption

Sementara itu, murid Tahun 5, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Damansara, Ami Hani Ariana Akhram, 11, berkata, pada mulanya dia bimbang untuk mendapatkan vaksin kerana takutkan jarum.

"Memang saya takut, tapi bila ada rakan-rakan yang dah suntik vaksin semua kata 'OK' saya jadi bersemangat, tambahan pula adik saya yang umur lima tahun pun cucuk sekali," katanya yang datang ditemani keluarganya.

Dalam pada itu seorang bapa, Humayun Habib, 43, berkata, langkah kerajaan memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak bawah umur 11 tahun adalah amat wajar.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, petugas PPV WTCKL, Nadhirah Hanis, 20, berkata, sempena program PICKids yang bermula pada Khamis, setiap petugas di pintu masuk akan memberikan belon percuma kepada setiap kanak-kanak yang hadir mendapatkan suntikan.

Nadhirah Hanis (kiri) menyerahkan belon kepada Chaloe Goh, 11, yang hadir untuk mendapatkan suntikan imunisasi Covid-19 di PPV WTCKL pada Khamis.
Nadhirah Hanis (kiri) menyerahkan belon kepada Chaloe Goh, 11, yang hadir untuk mendapatkan suntikan imunisasi Covid-19 di PPV WTCKL pada Khamis.

"Apa yang PPV ini buat sebagai mengalu-alukan kehadiran tetamu 'kecil' yang datang bersama ibu bapa masing-masing.

"Kita tidak mahu PPV ini nampak menakutkan sebaliknya kami ubah suasananya menjadi ceria sesuai dengan kehadiran kanak-kanak," ujarnya.