Penipuan tawaran lesen memandu di media sosial

Kamarudin Md Din
Kamarudin Md Din
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menerima sembilan laporan berkaitan kegiatan penipuan lesen memandu yang diiklankan dalam media sosial membabitkan kerugian RM17,080.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohamad Kamarudin Md Din berkata, tujuh laporan diterima di Pulau Pinang, manakala dua kes di Kelantan.

Menurutnya, mangsa akan ditawarkan lesen memandu tanpa perlu menghadiri sebarang ujian mahupun kelas memandu.

"Mangsa perlu menyerahkan butiran diri dan bayaran sekitar RM580 hingga RM5,000 bagi tujuan mendapatkan lesen tersebut.

"Bagaimanapun, setelah bayaran dibuat, lesen yang dijanjikan tidak diterima," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohamad Kamarudin memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai perlu melakukan semakan nombor akaun bank dan nombor telefon di portal semakmule sebelum melakukan pindahan wang ke akaun yang tidak dikenali," katanya.

Artikel Berkaitan: