5,720 kes baharu pada Khamis

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 dalam negara mencatatkan angka melepasi 5,000 untuk tiga hari berturut-turut apabila merekodkan 5,720 kes pada Khamis setelah mencatatkan sebanyak 5,736 kes (Rabu) dan 5,566 kes (Selasa).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sejak wabak itu melanda negara kira-kira dua tahun lalu adalah 2,887,780.

"Daripada jumlah yang dilaporkan hari ini (Khamis), sebanyak 43 kes merupakan kategori tiga hingga lima manakala 5,677 kes terdiri daripada kategori satu dan dua," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, seramai 69 rakyat tempatan disahkan positif Covid-19 daripada 130 kes import.

"Sejumlah 5,590 kes merupakan penularan dalam negara membabitkan 5,405 rakyat tempatan dan 185 warga asing," katanya.

Beliau berkata, terdapat 114 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dan 56 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

"Jumlah kes sembuh adalah 3,968 kes dengan jumlah keseluruhannya, 2,794,354 kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 15 lagi kluster baharu dikenal pasti menjadikan jumlah keseluruhan 6,457 kluster.

Artikel Berkaitan:

"Daripada jumlah itu, 6,125 telah diisytiharkan tamat dan 332 lagi masih masih aktif," katanya.

Pada perkembangan sama, Perlis merekodkan kadar kebolehjangkitan (Rt) tertinggi iaitu 1.24 melebihi Rt negara, 1.14.

Selain itu, beberapa negeri yang mencatatkan nilai Rt yang tinggi adalah Johor (1.20), Pulau Pinang (1.19), Kedah (1.17), Sabah (1.16), Melaka (1.14), Putrajaya (1.14), Selangor (1.13), Negeri Sembilan (1.12), Kuala Lumpur (1.09), Kelantan (1.08), Perak (1.07) dan Pahang (1.06)

Masing-masing 1.02 bagi Terengganu dan Sarawak manakala nilai Rt Labuan adalah sifar.