517,107 kanak-kanak sudah daftar vaksin Covid-19

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 517,107 kanak-kanak berusia dari lima hingga 11 tahun di Malaysia didaftarkan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICK Kids).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, rekod data pada Selasa itu merupakan satu tanda permulaan yang baik ke arah memastikan seluruh masyarakat Keluarga Malaysia dilindungi daripada pandemik Covid-19.

“517,107 kanak-kanak (lima-11 tahun) di Malaysia telah didaftarkan untuk vaksin Pfizer Covid-19 oleh ibu bapa mereka.

“Ini ialah ~15 peratus daripada jumlah kohort (~ 3.6mn). Permulaan yang baik dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus menyampaikan faedah mendapatkan vaksin," katanya menerusi ciapan di Twitternya, pada Rabu.

Pada 20 Januari, KKM akan melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun bermula Februari ini.

Khairy berkata, keutamaan untuk pemberian vaksin pada permulaan program tersebut adalah kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan kerana mereka lebih berisiko untuk dijangkiti Covid-19.

Mengulas lanjut, beliau berharap hampir separuh kanak-kanak di Malaysia akan mendapat suntikan vaksin Covid-19 pada penghujung Februari ini.

“Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (CITF-C) di bawah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali akan bekerja keras bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya.

Artikel Berkaitan: