13 individu ditahan terlibat judi

Polis melakukan pemeriksaan sebelum pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan pemotongan bekalan elektrik di 23 premis seluruh Johor, selepas kerana terlibat aktiviti perjudian.
Polis melakukan pemeriksaan sebelum pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan pemotongan bekalan elektrik di 23 premis seluruh Johor, selepas kerana terlibat aktiviti perjudian.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan 13 individu kerana terlibat dalam aktiviti judi menerusi beberapa serbuan di empat daerah di seluruh Johor, pada Isnin.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mereka yang ditahan melibatkan 11 lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 57 tahun.

'Serbuan itu dijalankan pada jam 9 pagi hingga 7 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota di kawasan Johor Bahru Utara, Pontian, Kluang dan Kota Tinggi.

"Dalam operasi bermula itu polis merampas 12 telefon bimbit dan sejumlah wang tunai sebanyak RM1,393.

"Siasatannya dibuat mendapati jenis perjudian yang dijalankan adalah dengan menjadi ejen 'top up' baki telefon," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Antara wang tunai dan telefon bimbit yang dirampas menerusi operasi di empat daerah di Johor, pada Isnin kerana terlibat dalam aktiviti perjudian secara haram.
Antara wang tunai dan telefon bimbit yang dirampas menerusi operasi di empat daerah di Johor, pada Isnin kerana terlibat dalam aktiviti perjudian secara haram.

Artikel Berkaitan:

Katanya, tindakan tersebut diambil mengikut Seksyen 4(1) C Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Dalam perkembangan lain, Kamarul Zaman berkata, pihaknya membuat pemeriksaan terhadap 398 premis dalam usaha mengekang aktiviti perjudian haram sejak awal tahun ini hingga kini.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 23 premis dikenakan tindakan potong bekalan elektrik melibatkan premis seperti pusat snooker dan kedai telekomunikasi.

"Tindakan pemotongan bekalan elektrik itu melibatkan empat daerah iaitu di Kulai, Batu Pahat, Kluang dan Muar," katanya.