4,774 kes positif hari ini

 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 4,774 kes baharu positif Covid-19 pada Isnin. - Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 4,774 kes baharu positif Covid-19 pada Isnin. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 4,774 kes baharu positif Covid-19 pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes positif adalah 2,870,758 kes.

"Daripada jumlah harian yang dilaporkan, terdapat 36 kes kategori tiga hingga lima dan 4,738 kes lagi bagi kategori satu dan dua," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, sebanyak 152 kes import dikesan melibatkan 76 rakyat tempatan dan 76 warga asing.

"Jumlah penularan dalam negara adalah 4,622 kes membabitkan 4,448 rakyat tempatan dan 174 warga asing," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 114 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 62 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

"KKM turut melaporkan 3,232 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif, 2,784,003 kes," katanya.

Menurutnya, jumlah keseluruhan kluster bertambah kepada 6,427 selepas 14 lagi kluster baharu dikenal pasti.

Artikel Berkaitan:

"Daripada jumlah itu, 6,113 kluster telah tamat dan 314 masih aktif," katanya.