Polis tingkat rondaan menjelang Tahun Baharu Cina

Amihizam
Amihizam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Daerah Brickfields akan mempertingkatkan rondaan kawalan keselamatan di kawasan kediaman yang ditinggalkan bagi memastikan tidak berlakunya kejadian pecah rumah dan curi menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, orang ramai perlu memastikan kediaman serta premis perniagaan telah dikunci bagi mengelakkan kejadian jenayah.

"Orang ramai juga perlu memaklumkan pada pihak polis di balai polis yang berhampiran bahawa premis akan ditinggalkan.

"Maklumkan juga kepada jiran untuk membantu memerhatikan kediaman anda sepanjang ketiadaan ketika pulang ke kampung halaman," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Amihizam berkata, pihaknya akan mengatur gerak Operasi Pencegahan Jenayah serta membuat pemeriksaan di kawasan tumpuan orang ramai bagi memastikan keselamatan dan pematuhan terhadap (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa Empat.

"Ia bagi membendung penularan wabak Covid 19 semasa berkumpul bersama keluarga mahupun sahabat handai sama ada di kediaman atau di premis serta restoran," katanya.

Artikel Berkaitan: