Lima kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Sabtu

Gambar hiasan -Foto Bernama
Gambar hiasan -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kes kematian baharu akibat Covid-19 merekodkan kepada lima kes setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,957 orang, daripada 2,842,915 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiga kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, terdapat 51,397 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 43,938 individu atau 85.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,392 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 2,948 kes dirawat di hospital dan 119 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 50pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 69 lagi memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan: