Permohonan bantuan automatif masih rendah

Mohd Shahar (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Program Bank Simpanan Nasional (BSN) komuniti mikro dan kemudahan Perbankan Sungai Lembing di pekarangan Balai Polis Sungai Lembing, pada Sabtu.
Mohd Shahar (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Program Bank Simpanan Nasional (BSN) komuniti mikro dan kemudahan Perbankan Sungai Lembing di pekarangan Balai Polis Sungai Lembing, pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 4,227 daripada 66,000 penduduk terjejas banjir seluruh negara telah mengemukakan permohonan Bantuan Automatif Keluarga Malaysia dengan nilai tuntutan hampir RM5.27 juta.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, jumlah permohonan itu masih rendah daripada sasaran kerajaan tetapkan sejak ia dilancarkan pada 18 Januari lalu.

Menurutnya, bagaimanapun bantuan ini masih boleh dimohon oleh mereka yang terjejas sehingga 31 Mac depan.

"Kita perlu sampaikan maklumat ini kepada mereka (mangsa banjir) kerana ada antaranya ingatkan hanya ada Bantuan Wang Ihsan (BWI) banjir sahaja, sedangkan banyak lagi (bantuan) diperkenalkan untuk mereka.

"Kalau kita lihat, bantuan automatif juga disediakan dalam membantu mangsa banjir yang kenderaan mereka rosak teruk dan jika tidak dibaiki, ia mengganggu urusan harian mereka mencari rezeki," katanya ketika mengadakan sidang akhbar pada Program Bank Simpanan Nasional (BSN) komuniti mikro dan kemudahan Perbankan Sungai Lembing di pekarangan Balai Polis Sungai Lembing di sini, pada Sabtu.

Beliau menjelaskan, syarat tuntutan sudah dipermudahkan dan mereka boleh membaiki kenderaan di mana-mana bengkel.

Katanya, mereka juga perlu mendapat resit membaikipulih kenderaan dan membuat tuntutan menggunakan borang disediakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau pusat kawalan operasi bencana (PKOB) daerah.

"Sehingga kini, hampir 20 syarikat automotif, dengan rangkaian lebih daripada 1,800 pusat servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif bantuan ini.

Artikel Berkaitan:

"Selain menggunakan kaedah dalam talian talian, permohonan boleh dilakukan secara manual melalui borang disediakan di LHDN dan PKOB," katanya.

Selain itu, beliau berkata, Kementerian Kewangan melalui Bank Negara Malaysia bekerjsama dengan industri insurans dan takaful dalam usaha meningkatkan kesedaran pengguna untuk perlindungan komprehensif pada harga mampu milik.

Katanya, setakat ini, hanya 16 peratus atau 1.8 juta kenderaan mempunyai perlindungan insurans atau takaful komprehensif termasuk untuk banjir.

"Ini bermakna masih terdapat ramai dalam kalangan mangsa banjir yang mengalami kerosakan yang tidak diliputi perlindungan insurans," ujarnya.