Anwar adakan perbincangan dengan PM Singapura

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong selepas majlis makan malam di Seri Negara hari ini. Foto Bernama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong selepas majlis makan malam di Seri Negara hari ini. Foto Bernama.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Singapura Lawrence Wong yang dalam lawatan khas ke Malaysia.

Pertemuan itu berlangsung di Seri Negara di sini dan Anwar turut menganjurkan majlis makan malam sempena lawatan Lawrence  Wong.

Sebelum pertemuan empat mata mereka, kedua-dua pemimpin melawat beberapa galeri di bangunan bersejarah itu termasuk "Ruang Merdeka: Galeri Khazanah".

Turut hadir Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Shahrol Anuwar Sarman dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

Kementerian Luar dalam kenyataan semalam memaklumkan kedua-dua perdana menteri dijangka membincangkan kerjasama dua hala dan isu kepentingan bersama termasuk hasil pemukiman pemimpin pada 4 Disember lepas.

Singapura ialah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencecah RM402.35 bilion (ASD93.97 bilion) pada 2025, meningkat 1.5 peratus berbanding 2024. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong di Kuala Lumpur
  • Pertemuan berlangsung di Seri Negara dengan Anwar mengadakan majlis makan malam untuk Wong
  • Kedua-dua pemimpin melawat galeri bersejarah sebelum bermulanya perbincangan rasmi
  • Ketua Setiausaha Sulit PM Malaysia dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia hadir
  • Perbincangan dijangka meliputi kerjasama dua hala dan isu kepentingan bersama antara Malaysia dan Singapura

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!