Sultan Johor murka

Kenyatan baginda dipetik dari Facebook rasminya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini hari ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar murka terhadap pihak tertentu yang menyebarkan fitnah kononnya baginda terlibat dalam perniagaan kilang menyebabkan berlakunya pencemaran di Pasir Gudang.

Baginda Tuanku mengingatkan pihak tertentu supaya jangan cuba mengalih perhatian rakyat atas kelemahan pihak yang sepatutnya menjalankan tugas mereka, sebaliknya tumpu kepada cara menyelesaikan isu ini secara tuntas.

"Sudah sampai kepada pengetahuan saya bahawa ada pihak tertentu yang cuba menyebarkan fitnah bahawa saya terlibat dalam perniagaan kilang yang menyebabkan pencemaran di Pasir Gudang.

"Saya ingin mengingatkan semua pihak supaya berhenti mempolitikkan isu ini.

"Sila bawa bukti yang sahih jika benar saya terlibat dalam perniagaan kilang itu kerana saya tidak pernah gentar dan tunduk pada fitnah yang memburukkan Institusi Diraja Johor," titahnya kepada Royal Press Office seperti dipetik dari Facebook rasminya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini hari ini.