Paip pecah: Bekalan air kembali pulih

Semua kawasan Wilayah Petaling dan Klang yang terjejas berikutan insiden paip pecah di Seksyen 15, Shah Alam telah menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada jam 7 pagi Khamis.
Semua kawasan Wilayah Petaling dan Klang yang terjejas berikutan insiden paip pecah di Seksyen 15, Shah Alam telah menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada jam 7 pagi Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Semua kawasan Wilayah Petaling dan Klang yang terjejas berikutan insiden paip pecah di Seksyen 15, Shah Alam telah menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada jam 7 pagi Khamis.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataannya memaklumkan, kejadian paip pecah itu berpunca daripada kerja-kerja pembangunan jalan berdekatan Lebuh Raya Persekutuan oleh pihak ketiga.

"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebook Air Selangor pada Khamis.

Sehubungan itu, Air Selangor menyarankan pengguna mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

"Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor," katanya.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, bekalan air yang disalurkan ke 142 kawasan Petaling dan Klang ditutup mengikut jadual ditetapkan pada jam 3 petang, Rabu untuk kerja pembaikan paip di Seksyen 15 yang pecah sejak Selasa.

Antara lokasi terjejas bagi daerah Petaling ialah Bandar Kinrara, Bandar Puchong Jaya, Glenmarie, Hicom Glenmarie, Hyatt Saujana, Jalan Puchong Batu 7 hingga Batu 13, Jalan Subang Airport dan Kampung Bohol.

Bagi daerah Klang antaranya Bandar Putera 2, Bandar Puteri, Jalan Datuk Hamzah, Jalan Istana, Jalan Kota, Jalan Kota Raja, Jalan Padang, Jalan Raja Lumu, Jalan Raya Barat, Jalan Raya Timur, Jalan Stesen & Solok Besar, Jalan Tengku Badar, Jalan Tengku Diauddin dan Jalan Tengku Kelana serta Kampung Jawa.

Artikel Berkaitan: