X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Khairussaleh Ramli lepas jawatan CEO RHB

Khairussaleh Ramli - Foto Bernama
A
A

RHB Banking Group mengumumkan bahawa Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO), Datuk Khairussaleh Ramli telah mengemukakan peletakan jawatan berkuat kuasa 25 Mac 2022.

Khairussaleh, 54, meletakkan jawatannya untuk mengejar peluang lain, kata bank itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

RHB Banking Group dalam satu kenyataan berasingan berkata ia telah memulakan pelan peralihannya dan proses pemilihan sedang berjalan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Perbankan Borong Kumpulan Mohd Rashid Mohamad telah dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab atau pegawai utama kumpulan.

"Lembaga dan pihak pengurusan ingin merakamkan penghargaan kepada Khairussaleh bagi sumbangan yang tidak ternilai semasa tempohnya dengan kumpulan dan berharap beliau berjaya dalam masa depannya," kata bank itu.

Khairussaleh menyertai RHB Banking Group pada 2013 sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan sebelum beliau dinaikkan pangkat ke jawatan GCEO menjelang 2015.- Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!