Kanak-kanak meninggal dunia dalam dakapan bapa

Mucad Ibrahim meninggal dunia dalam dakapan bapanya - Foto Abdi Ibrahim
Mucad Ibrahim meninggal dunia dalam dakapan bapanya - Foto Abdi Ibrahim
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND.Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia ‘dalam dakapan bapanya’ semasa insiden tembakan di sebuah masjid dekat Christchurch, New Zealand, tengahari semalam.

Anak kecil itu, Mucad Ibrahim datang ke masjid bersama bapa dan abangnya, Abdi Ibrahim untuk menunaikan Solat Jumaat sebelum masjid itu diserang lelaki psiko, Brenton Tarrant.

Memetik laporan Dailymail, kanak-kanak malang itu dipercayai salah seorang daripada 49 mangsa yang disahkan maut dalam serangan itu.

Menurut laporan itu lagi, Mucad dikatakan melarikan diri daripada Brenton ketika insiden berlaku sementara abang dan bapanya berpura-pura telah meninggal dunia.

Dalam pada itu, keluarganya kemudian berusaha mencari anak kecil itu selepas insiden namun kini mereka menyatakan ucapan takziah pula kepada kanak-kanak malang itu.

Difahamkan, pagi tadi salah seorang daripada rakan keluarga mengesahkan Mucad telah meninggal dunia petang semalam dalam dakapan bapanya.

“Mucad Ibrahim meninggal dunia dalam dakapan bapanya, malam tadi (semalam).

“Bersemadilah dengan aman kawan kecilku. Anda akan terus dirindui semua,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Hari ini, Sinar Harian melaporkan keluarga mangsa merayu orang ramai berkongsi maklumat sekiranya mengetahui kedudukan semasa kanak-kanak berusia tiga tahun itu.

Menurut abangnya, Abdi, Mucad tidak kelihatan sejak kejadian itu dan seluruh keluarganya khuatir dengan keselamatan kanak-kanak terbabit.

“Saya cuba keluar dari masjid berkenaan seberapa pantas yang boleh dan tidak pernah merasa setakut itu selama ini.

"Kami semua bergegas ke hospital kerana menyangkakan semua rakan kami berada di situ,” katanya.