Bekas pengarah penguat kuasa direman kes rasuah RM3.1 juta

Seorang bekas pengarah penguat kuasa agensi kerajaan direman tujuh hari kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada syarikat kontraktor.
Seorang bekas pengarah penguat kuasa agensi kerajaan direman tujuh hari kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada syarikat kontraktor.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang bekas pengarah penguat kuasa agensi kerajaan direman tujuh hari bermula Isnin kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada syarikat kontraktor bagi membantu mendapatkan tender kontrak kerja pembersihan bernilai RM3.1 juta di utara tanah air.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nadia Othman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pada Isnin.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Sabah pada jam 2 petang Ahad selepas hadir memberikan keterangan.

Lelaki itu dipercayai meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan sejak Julai 2019 sehingga Mac 2021 daripada syarikat kontraktor dalam membantu mendapatkan tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: