Gesa Jabatan Perikanan ambil tindakan

Zulkifli Yusuf
Zulkifli Yusuf
A
A
A

YAN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ancaman bot pukat rawa sorong dan bot pukat siput yang dihadapi oleh nelayan pantai di Kuala Sedaka.

Pegawai Luar Bandar Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Zulkifli Yusuf berkata, pihaknya kesal kerana masalah itu sudah lama berlaku dan memberi kesan amat serius ke atas sumber perikanan serta pendapatan golongan ini.

"Namun hingga sekarang tidak ada tindakan berkesan yang diambil. Justeru, CAP berharap Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menguatkuasakan Akta Perikanan 1985 dengan tegas dan berkesan bagi menangani masalah ini," katanya.

Menurut Zulkifli, CAP percaya jika pihak berkuasa berkenaan gagal berbuat demikian, kehidupan nelayan pantai yang terlibat akan tertindas dengan lebih teruk lagi pada masa akan datang.

"Malah sektor perikanan negara juga boleh tergugat jika hidupan laut terus dibiar diancam kepupusan," katanya.

Zulkifli berkata, CAP juga berharap pihak kerajaan menyiasat masalah ini dan menyalurkan bantuan kepada mereka yang mengalami kesempitan hidup sehingga terpaksa mengikat perut akibat terjejas mata pencarian.

Tambah Zulkifli, kewujidan pukat rawa sorong dan pukat siput bukan sahaja mengancam serta membunuh benih ikan dan udang malah turut mencemarkan air laut di kawasan pantai.

Terdahulu Sinar Harian ada melaporkan berkaitan masalah kewujudan bot pukat surung dan siput yang menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kami terpaksa ikat perut