'Kami terpaksa ikat perut'

Nelayan sedang bersiap sedia untuk turun ke laut.
Nelayan sedang bersiap sedia untuk turun ke laut.
A
A
A

YAN - Pendapatan nelayan di sekitar Kuala Sedaka terjejas teruk ekoran kewujudan bot siput dan bot pukat surung.

Ketua nelayan, Abd Karim Ismail, 51, berkata, kebanyakan pemilik bot pukat surung dan bot siput datang dari Kuala Sala dan Kuala Kedah.

Katanya, kewujudan golongan ini seolah-olah tidak dipantau apabila mereka masih boleh beroperasi dengan bebas.

"Bot pukat surung ni dah lama diharamkan dan saya tak pasti macam mana depa boleh wujud balik," katanya ketika ditemui di jeti Kuala Sedaka, semalam.

Lampu yang dipasang di bot bagi tujuan keselamatan. (Gambar kecil dari kiri: Izhar, Sulaiman, Abd Karim)
Lampu yang dipasang di bot bagi tujuan keselamatan. (Gambar kecil dari kiri: Izhar, Sulaiman, Abd Karim)

Menurut Abd Karim, kewujudan golongan ini mengakibatkan lebih 50 nelayan Kuala Sedaka terpaksa mengikat perut.

"Ada dalam kalangan nelayan terpaksa mencari pendapatan sampingan yang lain bagi membolehkan mereka menyara keperluan keluarga," katanya.

Mengakui masalah sama, Sulaiman Che Mehad, 55, berkata, mereka sangat terkesan dengan tindakan tidak bertanggungjawab ini.

Artikel Berkaitan:

"Kadang kalau bot siput tu mai beroperasi di kawasan persisiran pantai ni mereka akan tinggalkan bau busuk dan air akan menjadi kotor.

Nelayan menunjukkan pukat mereka yang rosak.
Nelayan menunjukkan pukat mereka yang rosak.

"Keadaan ini akan menyebabkan ikan tak boleh nak mai ke kawasan tersebut dan hasil kami menjadi kurang," katanya.

Sulaiman berkata, kadang-kadang ada hari yang dia mendapat pulangan modal dan ada ketika langsung tidak.

"Kadang ada hari jangan kata nak balik modal nak beli lauk untuk makan bersama keluarga pun tak lepas," katanya.

Seorang lagi nelayan, Izhar Ahmad, 47, berkata, bot miliknya juga pernah terserempak dengan bot haram berkenaan.

Beberapa nelayan sedang berehat di Kuala Sedaka.
Beberapa nelayan sedang berehat di Kuala Sedaka.

"Lebih merunsingkan bot mereka bergerak dalam keadaan gelap dan tidak berlampu. Sepatutnya mereka perlu memasang lampu bagi tujuan keselamatan.

"Kita takut berlaku pelanggaran kerana kalau tak pasang lampu memang kita tak akan nampak," katanya.

Menurut Izhar, selain daripada aspek keselamatan nelayan Kuala Sedaka perlu menanggung kos tertentu seperti kerosakkan pukat.

"Pukat yang kita tahan di tengah laut akan ditarik oleh nelayan haram ini kerana mereka tidak memasang lampu.

"Depa tu lesen nelayan kelas C, sepatutnya depa pi la cari hasil jauh sikit ke tengah laut ini tidak nak juga kacau hasil sikit-sikit nelayan macam kami ni," katanya.