Universiti Meritus, SWISS bekerjasama dalam keselamatan industri maritim

Universiti Meritus diwakili Halim manakala SWISS diwakili Musa Hassan selepas menandatangani MoU dalam sektor keselamatan industri maritim.
Universiti Meritus diwakili Halim manakala SWISS diwakili Musa Hassan selepas menandatangani MoU dalam sektor keselamatan industri maritim.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Universiti Meritus mengorak langkah dalam sektor keselamatan industri maritim dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Keselamatan Perindustrian Wilayah Selangor (SWISS).

Pengurusan universiti berkenaan dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, objektif MoU turut menjurus kepada usaha memartabatkan kualiti modal insan dalam sektor berkenaan.

Universiti Meritus yangt diasaskan seorang usahawan maritim terkenal negara, Tan Sri Dr Halim Mohamad, berhasrat menyumbang kepada pembangunan negara.

"Sebagai universiti khusus, setiap program di Universiti Meritus akan memenuhi keperluan dan permintaan industri yang sangat spesifik.

"Program ini merangkumi pelbagai modul daripada asas program untuk pensijilan kepada program eksekutif merangkumi semua aspek pengurusan perniagaan," kata kenyataan itu.

Pada Rabu lalu, Universiti Meritus diwakili Halim manakala SWISS diwakili Pengerusinya, Tan Sri Musa Hassan menandatangani MoU dalam usaha memartabatkan kualiti modal insan dalam sektor keselamatan industri maritim.

Kenyataan itu turut memaklumkan, SWISS beroperasi sebagai sebuah pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 terdiri daripada pakar dalam bidang pengurusan keselamatan industri profesional dan ahli akademik dengan visi untuk meningkatkan taraf sektor keselamatan di Malaysia.

"Mereka juga mengembangkan bakat dalam industri dan mengutamakan sektor keselamatan

Artikel Berkaitan:

"SWISS bercita-cita mengubah industri keselamatan untuk menerima budaya operasi dengan standard yang tinggi hasil profesional dalam semua inisiatif dan pertimbangan.

"Industri keselamatan menggalakkan pertumbuhan perniagaan perkhidmatan yang berpotensi dan banyak peluang terbukti bagi pembangunan modal insan bukan sahaja untuk memperkukuh tetapi memperakui bakat serta tenaga dalam industri ini," katanya.

Melalui MoU antara Universiti Meritus dan SWISS, pengalaman dan rangkaian luas Halim dan Musa akan membantu meletakkan sektor keselamatan dan maritim negara dalam peta dunia.