X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

153 pelajar positif Covid-19 di Melaka

Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A

MELAKA - [DIKEMASKINI] Seramai 153 pelajar dari tujuh buah sekolah di Melaka disahkan positif Covid-19.

Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin berkata, kes itu termasuk membabitkan pelajar di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, namun hanya seorang pelajar yang dilaporkan positif setakat ini.

Menurutnya, Kolej Vokasional (KV) Melaka Tengah yang juga Kluster Tun Telani masih kekal dengan bilangan teramai pelajar dijangkiti Covid-19 iaitu 107 orang.

"Kolej Vokasional Jasin pula merekodkan seramai 25 pelajar positif Covid-19.

"Empat lagi sekolah iaitu Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Muhammad dengan 12 pelajar, SMK Agama Sharifah Rodziah (enam pelajar), manakala SMK Agama Saiyidah Khadijah dan SMK Agama Darul Falah masing-masing mencatatkan seorang pelajar positif Covid-19," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media program penyampaian sumbangan Tahun Baharu Cina kepada lebih 100 penduduk di Tanjung Minyak, di sini pada Ahad.

Rais (kiri) menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima pada program penyampaian sumbangan Tahun Baharu Cina kepada lebih 100 penduduk di Tanjung Minyak pada Ahad.
Rais (kiri) menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima pada program penyampaian sumbangan Tahun Baharu Cina kepada lebih 100 penduduk di Tanjung Minyak pada Ahad.

Mengulas lanjut, Rais berkata, kesemua 107 pelajar KV Melaka Tengah yang disahkan positif dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MITC Ayer Keroh.

Ujar beliau, jangkitan yang berlaku difahamkan adalah kes sporadik, bagaimanapun siasatan lanjut dan menyeluruh masih dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

"Biarpun sekolah dan guru berada dalam keadaan bersiap sedia berdepan dengan kluster pendidikan, namun kita minta Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mempertingkatkan prosedur operasi standard (SOP) di semua sekolah," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!