Tiada himpunan di Dataran Merdeka, Kompleks Sogo

Keadaan di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur terkawal tanpa tiada sebarang perhimpunan #TangkapAzamBaki, pada Sabtu.
Keadaan di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur terkawal tanpa tiada sebarang perhimpunan #TangkapAzamBaki, pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada perhimpunan #TangkapAzamBaki dijalankan di Kompleks beli-belah Sogo dan Dataran Merdeka, di sini pada Sabtu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.

"Tiada perhimpunan berlangsung di sekitar pusat bandar (daerah Dang Wangi) dan tiada insiden tidak diingini berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

"Enam jalan yang ditutup sekitar pusat bandar bermula jam 7 pagi tadi dibuka secara berperingkat bermula jam 10.30 pagi hingga 11 pagi tadi," katanya ketika dihubungi.

Pada Selasa, Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki itu menyatakan akan membuat himpunan di hadapan kompleks beli-belah Sogo.

Sementara itu, Jalan Bangsar, di sini yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields turut dibuka semula untuk laluan awam, bermula jam 1 tengah hari.

Ia sekali gus membolehkan pengguna jalan raya lain dari Jalan Maarof, Jalan Pantai Baharu, Jalan Travers serta susur keluar Lebuhraya Pantai Baharu (NPE)kembal i bergerak ke arah Jalan Bangsar.

Sebelum ini, polis membuat lencongan jalan membabitkan Jalan Bangsar, susur Jalan Bangsar Utama, Jalan Travers menuju ke Jalan Bangsar, Jalan Rakyat menuju ke Jalan Bangsar dan Jalan Maarof menuju ke Jalan Bangsar.

Artikel Berkaitan:

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan penutupan enam jalan menghala ke pusat bandar serta 24 stesen tren transit aliran ringan (LRT), monorel bermula jam 7 pagi tadi.