X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Naib Presiden Muda ditahan di Restoran Amjal

Gambar kecil: Dr Thanussha Francis Xavier
A
A

KUALA Lumpur - Naib Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Dr Thanussha Francis Xavier antara yang ditahan polis di Restoran Amjal, Bangsar sebentar tadi.

"Polis halang kami dari keluar dari Restoran Amjal dan minta IC (kad pengenalan) untuk catatkan butiran.

"Jadi kami masih berdiri di sini dan tidak dibenarkan keluar.

"Untuk lebih jelas, mereka (polis) tidak membenarkan kami meninggalkan tempat ini," katanya dalam satu ciapan di Twitternya pada awal pagi Sabtu.

Sementara itu, beberapa individu yang menghadiri satu ceramah mengenai kempen mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap turut mengalami nasib yang sama.

Mereka ditahan sepasukan anggota polis telah menyerbu Restoran Amjal di Bangsar pada jam 11:58 malam.

Menurut satu ciapan di Twitter milik @jayjaydenis berkata, pihak polis telah menahan mereka sebelum keluar daripada restoran tersebut.

“Terkini: Sekumpulan pegawai dan anggota polis telah menahan kami daripada pulang dari Restoran Amjal, Bangsar.

“Semua di sini dipaksa serah kad pengenalan,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Dalam pada itu, satu akaun Twitter dengan nama @TangkapAzamBaki memaklumkan, mereka telah diserbu oleh pihak polis.

“Pentas ceramah #TangkapAzamBaki di Restoran Amjal diserbu oleh polis. Beberapa orang telah ditahan. Jangan tangkap rakyat! #TangkapAzamBaki !!,” ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!