X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerjasama urus bantuan banjir

Penyelarasan bantuan itu penting bagi membantu penduduk terkesan akibat banjir teruk melanda terutama di Taman Sri Muda, Disember tahun lalu. - Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Agensi kerajaan Persekutuan yang menyalurkan bantuan banjir diminta berkerjasama dengan kerajaan negeri bagi memudahkan proses penyaluran bantuan.

Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau berkata, penyelarasan bantuan itu penting bagi membantu penduduk terkesan akibat banjir teruk melanda terutama di Taman Sri Muda, Disember tahun lalu.

Menurutnya, kurangnya kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor hanya mengundang kemarahan rakyat seolah tiada tindakan dibuat bagi membantu dan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

"Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) perlu menyelaraskan pengagihan bantuan bersama-sama kerajaan negeri secara serentak bagi mengelakkan salah faham masyarakat.

"Semua agensi tidak kira kerajaan negeri atau Persekutuan perlu ada kolaboratif dan komunikasi untuk pengagihan bantuan kepada rakyat yang terjejas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Jumaat.

Bagaimanapun, Ganabatirau berkata, kerajaan negeri mengakui pengagihan bantuan memerlukan masa memandangkan menerima banyak permohonan di Pejabat Daerah dan Tanah.

"Bukan mudah menyalurkan bantuan, misalnya di Taman Sri Muda sahaja kita menerima puluhan ribu permohonan.

"Sudah tentu proses ini mengambil sedikit masa bagi memastikan permohonan itu tidak melebihi satu permohonan," ujarnya.

Katanya, terdapat juga permohonan bertindih diterima membabitkan penyewa dan tuan rumah yang menyatakan mereka sebagai mangsa banjir

Justeru, katanya, kerajaan negeri bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan wang bantuan itu disalurkan dengan tepat.

"Kerajaan negeri sedaya upaya menunaikan janji yang telah dibuat, namun dalam masa sama juga agensi lain perlu turut sama membantu bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bantuan," katanya.

Katanya, sehingga kini, terdapat tiga fasa pengagihan bantuan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda.

"Kerajaan negeri sudah menghulurkan bantuan sebanyak RM1,000 menerusi Bantuan Selangor Bangkit (BSB) membabitkan seramai 100 penerima pada fasa pertama selepas berlakunya banjir.

"Kali kedua pada tiga minggu lalu di Pejabat dan Tanah Klang membabitkan seramai 1,500 penerima, tetapi ia merangkumi beberapa kawasan lain termasuk Sri Musa, Pelabuhan Klang dan Kapar," jelasnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!