X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

3,764 kes baharu, meningkat berbanding Rabu

Kes baharu positif Covid-19 meningkat kepada 3,764 kes pada Khamis, berbanding hari sebelumnya, 3,229 kes. - Gambar hiasan
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes baharu positif Covid-19 meningkat kepada 3,764 kes pada Khamis, berbanding hari sebelumnya, 3,229 kes.

Menerusi kenyataannya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di negara ini adalah 2,820,927.

"Daripada jumlah harian yang dilaporkan terdapat 47 kes adalah kategori tiga hingga lima dan 3,717 atau 98.8 peratus lagi merupakan kategori satu dan dua," katanya.

Menurutnya, terdapat 522 kes import turut dilaporkan membabitkan 426 rakyat tempatan dan 96 warga asing.

"Penularan dalam negara pula ada sebanyak 3, 242 kes," katanya.

Beliau berkata, seramai 160 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 72 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Kes sembuh pula adalah 3,254 kes menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,747,457 atau 97.4 peratus," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 17 kluster Covid-19 dikenalpasti Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Jumlah keseluruhan kluster adalah 6,272 dan 6,058 daripadanya telah diisytiharkan tamat serta 214 lagi masih aktif," katanya.

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kembali meningkat kepada 1.00 berbanding sebelum ini, 0.99.

Kuala Lumpur mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.09, disusuli Negeri Sembilan (1.04), Johor (1.04), Kedah (1.04), Melaka (1.03), Sabah (1.0) dan Selangor (1.0).

Hanya dua negeri merekodkan kadar Rt sifar iaitu Perlis dan Labuan.

Negeri-negeri lain berada pada nilai 0.78 dan 0.98.

Pada 20 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,764 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,820,927 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvUkWX

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 20, 2022


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!