3,229 kes positif, 2,848 sembuh

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 3,229 kes baharu positif Covid-19 pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes positif adalah 2,817,163.

"Daripada jumlah hari ini, 38 kes merupakan kategori tiga hingga lima manakala 3,191 atau 98.8 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, terdapat 239 kes terdiri daripada kes import membabitkan 175 rakyat tempatan dan 64 warga asing.

"Sebanyak 2,990 kes jangkitan dalam negara melibatkan 2,899 rakyat tempatan dan 91 warga asing," katanya.

Beliau berkata, seramai 162 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 76 orang memerlukan bantuan pernafasan.

"Jumlah kes sembuh pula adalah 2,848 kes dan jumlah keseluruhannya 2,744,203," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 20 lagi kluster baharu dikenalpasti KKM.

Artikel Berkaitan:

"Jumlah keseluruhan kluster adalah 6,255 dan 6,054 daripadanya telah diisytiharkan tamat manakala 201 lagi masih aktif," katanya.

Pada 19 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,229 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,817,163 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvUkWX

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 19, 2022