Isu Azam Baki: Usul bahas saham Azam tiada dalam aturan mesyuarat

Azhar Azizan
Azhar Azizan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak akan dimasukkan dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat pada Khamis.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, beliau tidak menerima sebarang notis daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membahaskan perkara itu..

"Saya tidak ada kuasa menetap atau menerima usul tersebut. Sehingga hari ini, saya tidak mempunyai notis mengenai usul tersebut

"Mesyuarat hari ini perlu mengikut aturan ditetapkan," katanya di Dewan Rakyat.

Azhar mengakui beliau menerima usul yang dikemukakan oleh Salahuddin dan Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) itu dua hari lalu.

"Saya telah menjawab bahawa sidang khas ini dipanggil oleh Perdana Menteri di bawah kuasa mutlak beliau dalam Aturan 11 (3) Peraturan Majlis Mesyuarat.

"Mengikut peraturan tersebut, agenda sidang khas yang dicadangkan oleh pihak Perdana Menteri adalah di bawah kuasa mutlak beliau dan beliau yang menyusun atur agenda tersebut," katanya.

Salahuddin sebelum itu meminta usul yang dikemukakan beliau mengenai dakwaan pemilikan saham oleh Azam diperdebatkan di Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak menafikan pentingnya perbahasan mengenai banjir yang melanda negara tetapi isu integriti juga penting melibatkan penjawat awam, Ketua Pesuruhjaya SPRM. Saya mohon perkara ini dipertimbangkan," ujarnya.

Kor Ming selepas itu turut bangkit meminta usul yang dikemukakan oleh Salahuddin dan beliau dibenar dibahaskan dalam kamar khas atau Dewan Rakyat.

"Saya juga mengusulkan usul tergempar di bawah aturan 18 (1) berkenaan pemilikan saham Azam untuk mempertahankan integriti SPRM dan ini adalah peranan utama Parlimen kita dalam semak dan imbang," katanya.