X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Imej dron kesan pembalakan jauh dari lokasi habitat harimau: JPNK

Ahmad (kiri) menandatangani plak perasmian Dataran Datuk Bentara di Taman Eko Rimba Bukit Bakar pada Isnin. Turut kelihatan, Abdul Khalim (kanan).- Foto Bernama
A
A

MACHANG - Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menafikan imej kesan aktiviti pembalakan hutan dirakam dron yang tular pada Ahad, berdekatan dengan lokasi habitat harimau atau perkampungan orang asli di Pos Bihai, Gua Musang.

Pengarah JPNK, Abdul Khalim Abu Samah berkata, imej yang diambil menggunakan dron oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menampakkan seolah-olah jaraknya berdekatan, namun sebenarnya jarak itu adalah jauh antara lima hingga enam kilometer dari lokasi serangan.

"Saya nasihatkan orang ramai supaya tidak memanipulasikan imej tersebut kerana lokasi pembalakan bukan berdekatan dengan habitat harimau atau lokasi serangan binatang buas itu.

"Hasil semakan mendapati, lokasi kejadian serangan harimau iaitu Pos Bihai merupakan kawasan penempatan Orang Asli yang berada di luar Hutan Simpanan Kekal (HSK) Perias," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Taman Eko Rimba Bukit Bakar yang disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai dakwaan NGO yang merakam satu imej menggunakan dron untuk mengesan aktiviti pembalakan di kawasan habitat harimau yang terletak berdekatan dengan perkampungan orang asli di Pos Bihai, Gua Musang.

Mengulas lanjut, Abdul Khalim berkata, sebahagian besar Hutan Simpan Perias merupakan hutan pengeluaran dan terdapat beberapa kawasan pembangunan ladang hutan (bekas lesen) di sepanjang laluan ke Pos Bihai yang telah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan (Hutan Tadahan Air) oleh kerajaan negeri pada tahun 2019. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!