Mesyuarat tentukan cadangan daftar GRS

Yakub ketika ditemui pemberita selepas hadir merasmikan projek Wonders Of Wilderness-The Ocean (WOW 1.0) di Kota Kinabalu.
Yakub ketika ditemui pemberita selepas hadir merasmikan projek Wonders Of Wilderness-The Ocean (WOW 1.0) di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebarang keputusan berkaitan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan dibawa ke dalam mesyuarat GRS, kata Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan.

Beliau berkata, GRS adalah sebuah gabungan daripada beberapa parti dan keputusan juga akan dibuat melalui mesyuarat dalam gabungan itu.

"GRS ini disertai beberapa buah parti, jadi sudah tentu apa-apa keputusan yang akan dibuat akan di bawa ke mesyuarat GRS.

"Jadi saya tidak mahu komen ya atau tidak, positif atau tidak sebelum perkara ini dibawa ke meja mesyuarat," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan projek Wonders Of Wilderness-The Ocean (WOW 1.0) di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan daripada pihak UMNO Sabah yang dilihat mendapat sambutan negatif berhubung usaha untuk mendaftarkan GRS sebagai sebuah gabungan parti politik yang rasmi di negeri ini.

Pada Sabtu, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan memaklumkan seruan untuk mendaftarkan GRS sebagai satu entiti badan gabungan politik semakin kuat didengari dan dirasai di kalangan rakyat negeri ini.

Beliau yakin bahawa GRS mampu membawa Sabah ke mercu kejayaan dan sudah tiba masanya untuk pemimpin di Sabah bersatu bagi memastikan agenda kemajuan serta kejayaan dapat dilaksanakan di bawah payung GRS.

Artikel Berkaitan: