X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

18 PATI warga Myanmar ditahan

Dua buah kenderaan yang digunakan untuk membawa PATI berkenaan.
A
A

PASIR MAS - Seramai 18 pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang dibawa menggunakan dua buah kenderaan berjaya ditahan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan dalam satu serbuan di hadapan sebuah sekolah agama di Pasir Mas, di sini pada Jumaat.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam serbuan jam 1 petang itu, PATI berkenaan dipercayai dibawa menggunakan dua buah kenderaan utiliti serbaguna jenis Starex dan dipandu dua pemandu warga tempatan beralamat di Johor Bahru.

"Pemeriksaan mendapati kenderaan pertama dinaiki sembilan individu termasuk pemandu manakala kenderaan kedua dinaiki 11 individu termasuk pemandu.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua warganegara Myanmar berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai diseludup masuk ke Malaysia dari negara jiran," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, turut dirampas sebuah telefon bimbit Iphone, Huawei dan Poco F3 dengan nilai keseluruhan sebanyak RM165,000 termasuk dua kenderaan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 26A Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!