[PEMBETULAN] Video ikan mati di Pasir Gudang sebenarnya palsu

Sim Tze Tzin
Sim Tze Tzin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin membidas, dakwaan segelintir pihak yang mendakwa ratusan ikan mati dipercayai akibat pencemaran bahan toksik di Sungai Kim-Kim di Pasir Gudang, Johor.

Beliau menyifatkan tuduhan sedemikian timbul selepas sebuah klip video yang menunjukkan sejumlah ikan mati di Sungai Kim-Kim tular, hari ini.

"Ia adalah berita palsu dan tuduhan tidak berasas daripada mereka yang sengaja mencetuskan kontroversi.

"Kita (masyarakat) seharusnya memberi kerjasama dan menghormati situasi yang sedang dialami pada hari ini. Bukannya, menjadi 'keyboard warrior' untuk menyebarkan cerita yang tidak benar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program BioUsahawan 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan.

Dalam pada itu, Tze Tzin juga memaklumkan, setakat hari ini tiada sebarang laporan daripada golongan petani dan penternak yang mengalami kerosakan tanaman atau ternakan masing-masing kerana pencemaran bahan kimia di Sungai Kim-Kim.

"Sebaik sahaja proses pembersihan di sungai terbabit selesai, pihak kementerian akan menghantar petugas khas ke Pasir Gudang bagi melakukan pemantauan dan mengenal pasti sekiranya terdapat tanaman dan ternakan terjejas," jelasnya.

Direkodkan, jumlah mangsa akibat pencemaran bahan toksik di Sungai Kim-Kim yang berlaku sejak Khamis minggu lalu kini meningkat kepada 1,906 orang.

Artikel Berkaitan: