Lelaki dikhuatiri hilang gara-gara takut polis

Lokasi di mana Ahmad Zul Mukriz dilaporkan menghilangkan diri selepas terserempak dengan anggota polis yang melakukan rondaan.
Lokasi di mana Ahmad Zul Mukriz dilaporkan menghilangkan diri selepas terserempak dengan anggota polis yang melakukan rondaan.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang lelaki dikhuatiri hilang di kawasan hutan gara-gara takut selepas terserempak dengan polis yang sedang melakukan rondaan di Kampung Nelayan, Tok Bali di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, ketika kejadian Ahmad Zul Mukriz Zakaria, 22, dikatakan pergi ke kawasan pembuangan sampah berhampiran untuk membuang sampah sekitar jam 12 tengah hari.

"Melihat kehadiran anggota polis yang membuat rondaan, lelaki itu terus melarikan diri dengan memasuki hutan berhampiran," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi pada Rabu.

Pasukan penyelamat mengaminkan doa sebelum memulakan operasi pencarian Ahmad Zul Mukriz yang dikhuatiri hilang di kawasan hutan berhampiran Kampung Nelayan, Tok Bali di Pasir Puteh pada Isnin.
Pasukan penyelamat mengaminkan doa sebelum memulakan operasi pencarian Ahmad Zul Mukriz yang dikhuatiri hilang di kawasan hutan berhampiran Kampung Nelayan, Tok Bali di Pasir Puteh pada Isnin.

Menurutnya, sehingga kini lelaki berkenaan masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) terus digerakkan sebaik sahaja menerima laporan daripada keluarganya di Balai Polis Cherang Ruku pada Selasa.

Ediansha berkata, seramai 44 anggota polis, bomba, Angensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) telah digerakkan pada Rabu untuk SAR.

Artikel Berkaitan: