PIAM beri jaminan bantu mangsa pencemaran kimia

Lokasi insiden bermulanya pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang, hari ini. - Foto Bernama
Lokasi insiden bermulanya pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) memberi jaminan bahawa semua 26 anggota syarikat sudah bersedia untuk membantu dan memberi perkhidmatan kepada mangsa-mangsa yang terjejas dalam kejadian lambakan toksik di Pasir Gudang, Johor.

PIAM dalam satu kenyataan hari ini berkata, polisi perubatan yang standard akan meliputi kemasukan ke hospital dan rawatan perubatan.

"Pemegang polisi yang memerlukan rawatan perubatan akibat insiden itu boleh memfailkan tuntutan di bawah polisi perubatan mereka masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencemaran kimia: Tunggu laporan jabatan kimia

"Mengenai hartanah, biasanya polisi rumah dan isi rumah yang standard memberikan perlindungan kerugian fizikal atau kerosakan kepada harta benda, kecederaan tubuh badan dan nyawa," katanya.

Bagaimanapun, memandangkan keadaan setiap kes/tuntutan adalah berbeza, PIAM menasihatkan pemegang polisi untuk menghubungi ejen insurans masing-masing dan/atau syarikat-syarikat insurans untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang liputan perlindungan mereka.

"Untuk maklumat orang ramai, tanpa mengira sama ada darurat diisytiharkan atau tidak, syarikat-syarikat yang menjadi anggota PIAM akan membayar pampasan pihak yang diinsuranskan selagi ia adalah suatu tuntutan yang sah," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: