X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Ahli sindiket urus 'beli' sijil vaksinasi ditahan terima rasuah

Gambar hiasan
A
A

KOTA KINABALU - Tindakan seorang lelaki dipercayai meminta suapan lebih RM2,000 daripada orang awam untuk tujuan pendaftaran sijil digital vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera pada Oktober tahun lalu membawa padah apabila dia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki yang dipercayai ahli sindiket itu ditahan pada jam 1.30 petang Selasa di pejabat SPRM Kota Kinabalu susulan operasi yang dilancarkan di daerah ini.

Menurut sumber, lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai memberikan wang rasuah yang diterimanya daripada orang awam kepada sukarelawan yang bertugas di salah sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di sekitar negeri ini.

Wang itu sebagai balasan untuk mendaftarkan penama-penama yang tidak menerima suntikan dos vaksin Covid-19 bagi mendapatkan sijil digital vaksinasi di dalam sistem MySejahtera.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi pada Selasa mengesahkan penahanan lelaki terbabit.

"Suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

"Permohonan reman dijangka akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu," jelasnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!