Kumpul 10 tan pakaian terpakai

Ahli Majlis MPAJ, Anfaal Saari melihat pakaian terpakai yang berjaya dikumpulkan Jawatankuasa Penduduk Zon 3 MPAJ di pusat pengumpulan.
Ahli Majlis MPAJ, Anfaal Saari melihat pakaian terpakai yang berjaya dikumpulkan Jawatankuasa Penduduk Zon 3 MPAJ di pusat pengumpulan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sambutan masyarakat terhadap program hari pengumpulan pakaian terpakai berjaya mengumpul sebanyak 10 tan pakaian terpakai untuk dikitar semula.

Program Khidmat Sosial Masyarakat (CSR) anjuran Jawatankuasa Penduduk Zon 3 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) itu diadakan selama seminggu bermula Isnin lalu.

Jawatankuasa itu dalam kenyataan memaklumkan, program berkenaan julung kali diadakan dan tidak menyangka mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

"Pada minggu lalu Jawatankuasa Penduduk Zon 3 MPAJ telah mengadakan hari pengumpulan pakaian terpakai selama seminggu.

"Hasil daripada pengumpulan ini, sebanyak 10 tan pakaian terpakai berjaya dikumpulkan," kata kenyataan itu di laman Facebook.

Tambahnya, matlamat program itu adalah untuk mengitar semula dan mengelakkan pakaian terpakai itu berakhir di pusat pelupusan sampah jika tidak diuruskan dengan betul.

Artikel Berkaitan: