[VIDEO] Pelajar Kuala Gris terkandas kembali ke sekolah

Kira-kira 100 pelajar di Kampung Kuala Gris, Kuala Krai yang terkandas pada Ahad susulan kereta api tidak berhenti di Hentian Kuala Gris kembali semula ke sekolah pada Isnin.
Kira-kira 100 pelajar di Kampung Kuala Gris, Kuala Krai yang terkandas pada Ahad susulan kereta api tidak berhenti di Hentian Kuala Gris kembali semula ke sekolah pada Isnin.
A
A
A

KUALA KRAI - Kira-kira 100 pelajar di Kampung Kuala Gris, di sini yang terkandas pada Ahad susulan kereta api tidak berhenti di Hentian Kuala Gris kembali semula ke sekolah pada Isnin.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kereta api Shuttle Timuran No 51 yang berlepas dari Stesen Tumpat tiba tepat waktunya pada jam 7.07 pagi seperti mana kebiasaan.

Rata-rata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong yang tidak dapat hadir ke sekolah semalam melahirkan rasa gembira dan bersemangat untuk mengikuti pengajian secara bersemuka selepas Kelantan beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Seorang pelajar, Fatin Syakila Rosdi, 16, berkata, dia kecewa tidak dapat mengikuti persekolahan secara bersemuka pada hari pertama bersama rakan-rakan lain.

"Bila kereta api tidak berhenti, sukar untuk saya ke sekolah di Dabong kerana jarak yang agak jauh selain tidak mempunyai kenderaan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kereta api Shuttle Timuran No 51 yang berlepas dari Stesen Tumpat tiba tepat waktunya pada jam 7.07 pagi.
Tinjauan Sinar Harian mendapati kereta api Shuttle Timuran No 51 yang berlepas dari Stesen Tumpat tiba tepat waktunya pada jam 7.07 pagi.

"Pagi ini saya tetap bersemangat untuk ke sekolah dan yakin kereta api akan berhenti mengambil kami," katanya.

Seorang lagi pelajar, Hazika Azlin Mohd Azmi, 20, berkata, dia dan rakan-rakannya sangat sedih selepas tidak dapat menghantar tugasan kepada guru yang sepatutnya dilakukan pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dia lega selepas guru memberikan kelonggaran kepada pelajar yang datang dari Kuala Gris untuk menghantar tugasan tersebut pada Isnin.

"Bukan kami tidak usaha ke sekolah tetapi ibu bapa kami kerja menoreh, sukar untuk berbuat demikian kerana mereka berada jauh di dalam kebun," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha turun padang meninjau operasi tren dan beramah mesra dengan pelajar terlibat.

Hadir sama Ketua Kawalan Operasi Afzar Zakariya.