X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 27 Januari 2022

Malaysia tidak mampu laksana 'lockdown'- Khairy

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat sekiranya melaksanakan lockdown (sekatan pergerakan) untuk mengekang penularan Covid-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebaliknya berkata, strategi kerajaan untuk menyekat penularan wabak tersebut adalah dengan melaksanakan strategi mitigasi.

"Tidak dinafikan pendekatan China (melaksanakan lockdown) berkesan.

"Namun strategi mereka iaitu containment (pembendungan) atau 'zero Covid' bermaksud total lockdown bila ada hanya tiga kes positif," kata Khairy menerusi ciapan di Twitter rasmi beliau

Dalam ciapan itu, Khairy turut menyertakan tangkap layar laporan berita menyebut 'Yuzhou: Second Chinese city forced into Covid lockdown' (Yuzhou: Bandar China kedua dikenakan sekatan pergerakan Covid).

Khairy berkata, Malaysia telah mengurus kes positif dengan berkesan apabila kadar vaksinasi tinggi, selain turut mengingatkan rakyat terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) agar kadar kematian, penggunaan unit rawatan rapi dan kemasukan ke hospital dapat dikurangkan.

Dalam pada itu, Khairy berkata beliau memberi sokongan penuh kepada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk menjalankan tugas.

Kenyataan itu sebagai reaksi terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mempersoalkan latar belakang Dr Noor Hisham sebagai pakar bedah dan bukan daripada bidang kepakaran kesihatan awam.- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!