Harga ayam, telur naik: Kerajaan jamin jaga kebajikan pengguna

Alexander Nanta Linggi
Alexander Nanta Linggi
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus memantau kenaikan harga ayam dan telur sekali gus memberi jaminan akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga kebajikan pengguna serta peniaga.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, isu kenaikan harga ayam yang melibatkan kos operasi dipengaruhi oleh pasaran dunia sememangnya amat mencabar dan memerlukan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi.

"Saya mengambil maklum laporan media mengenai kenyataan saya berkenaan jangkaan kenaikan harga ayam dan telur di pasaran selepas Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) tamat pada 4 Februari ini.

"Perlu saya jelaskan bahawa kenyataan ini bukanlah sengaja diada-adakan, tetapi berdasarkan hasil maklumat yang diterima daripada sesi libat urus yang diadakan pada Khamis lalu bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Kewangan, wakil Agro Bank dan wakil-wakil dari Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak (FLFAM).