Sila log masuk terlebih dahulu.

Lelaki diserang, ditendang gara-gara rakam tapak niaga

Tular video berdurasi 45 saat yang memaparkan insiden di Pasar Pagi OUG Jalan Hujan Rahmat.
Tular video berdurasi 45 saat yang memaparkan insiden di Pasar Pagi OUG Jalan Hujan Rahmat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berang dengan tindakan seorang lelaki yang merakam gambar tapak niaga miliknya, seorang individu bertindak memukul mangsa dalam kejadian di Pasar Pagi OUG Jalan Hujan Rahmat, Taman OUG pada pagi Jumaat.

Kejadian berkenaan dirakam orang awam kemudiannya menjadi tular di laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10.45 pagi.

"Siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki berumur 58 tahun mendakwa telah dicederakan oleh suspek.

"Kejadian berlaku apabila mangsa mengambil gambar tapak niaga milik suspek sebagai bukti bahawa berlaku

ketidakpatuhan syarat lesen perniagaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya, suspek seorang lelaki berumur 53 tahun itu dikatakan telah mendirikan tapak niaga melebihi jumlah tapak

yang dibenarkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

"Suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa mengambil gambar telah menyerang dan menendang mangsa di bahagian belakang badan.

"Mangsa telah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya.

Menurutnya, dalam pada itu, seorang lagi suspek lain iaitu seorang perempuan berumur 48 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera," katanya.

Pada Jumaat, tular video berdurasi 45 saat yang memaparkan tindakan seorang lelaki dilihat dengan sengaja mendatangkan cedera ke atas seorang lelaki lain.