Kemboja tuan rumah sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN

Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn - Foto Javier Lizon/ POOL/ AFP
Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn - Foto Javier Lizon/ POOL/ AFP
A
A
A

PHNOM PENH - Kemboja akan mempengerusikan sesi Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMMR) pada 18 dan 19 Januari di Siem Reap, sebuah bandar raya di utara negara itu, lapor agensi berita Vietnam, memetik akhbar Khmer Times.

Acara itu merupakan mesyuarat penting pertama yang dikelolakan Kemboja selaku Pengerusi ASEAN 2022.

Pada mesyuarat itu, Menteri-Menteri Luar ASEAN dijangka bertukar pandangan mengenai resolusi dan cabaran yang dihadapi ASEAN tahun ini, katanya.

Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn baru-baru ini dilaporkan berkata, persidangan itu akan menjadi mesyuarat menteri-menteri luar pertama yang mempertimbangkan pencapaian terhadap keputusan dan rancangan yang telah dipersetujui tahun lalu, serta peluang membincangkan inisiatif baharu yang akan terus memacu pembinaan Komuniti ASEAN. - Bernama

Artikel Berkaitan: