Anwar hadir pembukaan, sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN

Anwar (kiri) disambut Joko Widodo ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023 di bandar Manggarai Barat, Kepulauan Flores di Wilayah Nusa Tenggara Timur hari ini. - Foto Bernama
Anwar (kiri) disambut Joko Widodo ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023 di bandar Manggarai Barat, Kepulauan Flores di Wilayah Nusa Tenggara Timur hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

LABUAN BAJO - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri pembukaan dan sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023 pada Rabu, untuk membincangkan beberapa isu kepentingan bersama dengan kumpulan serantau.

Sebanyak lapan ketua kerajaan dari 10 negara anggota ASEAN menyertai sidang kemuncak itu kecuali Myanmar yang tidak dijemput, dan Thailand yang menghadapi pilihan raya pada 14 Mei.

Turut hadir Setiausaha Agung ASEAN Jen Dr Kao Kim Hourn dan Perdana Menteri Timor Leste Taur Matan Ruak.

Para pemimpin memulakan pertemuan dua hari mereka untuk membincangkan beberapa isu penting bagi menggalakkan rantau yang lebih kuat dalam mengukuhkan daya tahan ekonomi serantau dan menghadapi cabaran semasa.

Ini selaras dengan tema pengerusi ASEAN pada 2023 iaitu Indonesia, "ASEAN Matters: Epicentre of Growth”. - Bernama