Stor, rumah kosong 'pusat' transit barang seludup

Azhari (kanan) bersama Ku Ku Ardanan (dua dari kiri) turun padang menyampaikan bantuan banjir bersama Syarikat Al Tamim World Sdn Bhd di Kampung Tersang, Rantau Panjang pada Jumaat.
Azhari (kanan) bersama Ku Ku Ardanan (dua dari kiri) turun padang menyampaikan bantuan banjir bersama Syarikat Al Tamim World Sdn Bhd di Kampung Tersang, Rantau Panjang pada Jumaat.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Stor dan rumah kosong yang berada di tempat tinggi dijadikan sebagai 'pusat' transit sementara oleh kumpulan penyeludup sepanjang musim banjir melanda kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini khususnya di sepanjang Sungai Golok.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, modus operandi itu digunakan untuk mengaburi mata pihaknya namun ia berjaya dikesan.

"Taktik itu berjaya kita patahkan menerusi rondaan rutin meskipun beberapa pos kawalan terpaksa dipindahkan ke tempat selamat selepas ditenggelami banjir baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas turun padang menyampaikan bantuan banjir bersama Syarikat Al Tamim World Sdn Bhd di Kampung Tersang di sini pada Jumaat.

Hadir sama Pengarah Urusan Al Tamim World Sdn Bhd, Datuk Ku Ardanan Dollah dan lebih 50 penduduk di kawasan itu menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian.

Menurut beliau, PGA sentiasa memperketatkan rondaan di sempadan Malaysia-Thailand bermula dari Pengkalan Kubor, Tumpat sehingga Rantau Panjang menerusi Op Benteng Covid-19.

Beliau berkata, sejak mengambil alih penugasan mengawal sempadan negara Batalion 7 PGA telah mencatatkan nilai rampasan berjumlah RM3.7 juta bermula 16 Disember hingga Khamis.

Azhari berkata, barangan makanan dan haiwan menjadi penyumbang terbesar kepada nilai rampasan tersebut.

"Kesemua barangan itu dibawa masuk secara tidak sah dan tanpa permit menggunakan pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok.

Artikel Berkaitan:

"PGA sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti jenayah rentas sempadan," katanya.