MOT arah ERL hantar laporan KLIA Transit, KLIA Ekspress gabung perkhidmatan

Anthony menerima cenderamata daripada Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud selepas merasmikan Seminar Keselamatan Penerbangan 2023 pada Selasa. - Foto Bernama
Anthony menerima cenderamata daripada Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud selepas merasmikan Seminar Keselamatan Penerbangan 2023 pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengarahkan pihak Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menyerahkan laporan berhubung perkhidmatan yang digabungkan bersama KLIA Transit, minggu lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kedua-dua perkhidmatan itu digabungkan bagi perjalanan ke atau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Ketika dapat aduan sama ada melalui media sosial atau sebagainya, saya dah minta CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) ERL memberi laporan mengapa kedua-dua perkhidmatan itu digabungkan.

"KLIA Transit dan KLIA Ekspress adalah dua perkhidmatan berbeza, KLIA Ekspress untuk memastikan perkhidmatan lancar dari KL Sentral ke KLIA.

"Apabila dapat laporan nanti (daripada pihak ERL) kita akan buat teguran dan pastikan perkhidmatan tidak terjejas," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Keselamatan Penerbangan 2023 pada Selasa.

Ahad lalu, perkhidmatan KLIA Ekspress dan KLIA Transit beroperasi sebagai perkhidmatan gabungan susulan wayar overhead landasan di kilometer (KM) 5.0 terputus.

Sehubungan itu, operasi landasan tunggal dilakukan bagi membolehkan kerja-kerja membaikpulih dilaksanakan.

Artikel Berkaitan: