Tular lelaki ugut, ganggu tugas penguat kuasa MPKS

Tular video seorang lelaki bertindak mengugut penguat kuasa MPKS dalam kejadian di daerah Kuala Selangor pada Selasa.
Tular video seorang lelaki bertindak mengugut penguat kuasa MPKS dalam kejadian di daerah Kuala Selangor pada Selasa.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Tindakan seorang lelaki mengugut dan menganggu tugas penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) tular di laman sosial Facebook pada Selasa.

Video berdurasi 0.59 saat itu menunjukkan lelaki terbabit melemparkan kata-kata berbaur ugutan dan cacian terhadap penguat kuasa berkenaan.

Menerusi video itu menunjukkan, lelaki terbabit menghampiri penguat kuasa berkenaan dan beberapa kali menyatakan ingin menumbuk muka anggota penguat kuasa yang menjalankan tugas.

Lelaki terbabit juga berang apabila anggota penguat kuasa berkenaan seolah-olah tidak menghiraukan ugutan terbabit.

Video itu mengundang kecaman pengguna laman sosial yang turut meminta polis mengambil tindakan terhadap lelaki yang menimbulkan provokasi tersebut.

Seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama Nazwa Busu yang meninggalkan komen menyatakan anggota penguat kuasa itu hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.

"Engkau pun hendak tunjuk samseng, acah samseng jalanan. Orang (anggota penguat kuasa) yang menjalankan tugas memang kuat kesabarannya," katanya.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) akan memberi kenyataan berhubung perkara tersebut.

Artikel Berkaitan:

"MPKS akan memberi maklum balas segera berhubung kes tular ini," katanya.