2,842 kes positif Covid-19 pada Selasa

Foto Bernama
Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes baharu positif Covid-19 meningkat kepada 2,842 kes dengan 332 daripadanya adalah kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,769,886 kes.

"Kes import membabitkan 292 rakyat tempatan dan 40 lagi adalah warga asing," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan, 47 kes adalah kategori tiga hingga lima dan selebihnya, 2,795 kes atau 98.3 peratus adalah kategori satu serta dua.

Beliau berkata, seramai 252 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 134 lagi memerlukan bantuan mesin pernafasan.

"Bilangan kes sembuh hari ini adalah 2,862 kes menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,698,613 kes," ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kekal pada nilai 0.99.

"Kelantan dan Johor mencatatkan nilai Rt pada 1.0, Kedah (0.98), Melaka (0.97), Sabah (0.97), Terengganu (0.96), Pahang (0.96), Perak (0.95), Selangor (0.95), Pulau Pinang (0.93), Kuala Lumpur (0.92), Negeri Sembilan (0.91) dan Putrajaya (0.90).

Artikel Berkaitan:

"Sementara itu, Perlis pula mencatatkan nilai Rt pada 0.88, Labuan (0.83) dan Sarawak (0.75)," katanya.