Palestin selar AS buang perkataan 'diduduki'

Tentera Israel melakukan latihan ketenteraan berhampiran Bukit Golan, berhampiran Syria.
Tentera Israel melakukan latihan ketenteraan berhampiran Bukit Golan, berhampiran Syria.
A
A
A

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Jurucakap Presiden Palestin Mahmud Abbas mengkritik tindakan Amerika Syarikat (AS) yang tidak lagi merujuk Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Bukit Golan sebagai wilayah yang 'diduduki' dalam laporan hak asasi tahunannya.

Nabil Abu Rudeineh menyifatkan tindakan itu sebagai pendekatan permusuhan yang berterusan oleh pentadbiran AS terhadap rakyat Palestin dan bertentangan dengan resolusi PBB.

Nabil berkata tindakan itu sebahagian daripada rancangan Presiden AS Donald Trump untuk menghapuskan gerakan Palestin.

Dalam laporan hak asasi manusia kepada PBB yang diterbitkan semalam, AS merujuk Bukit Golan sebagai “dikuasai Israel” berbanding “diduduki Israel”.

Perubahan sama seperti dalam laporan tahun lepas, di mana terdapat bahagian bertajuk “Israel, Bukit Golan, Tebing Barat dan Gaza”, berbanding sebelum ini “Israel dan wilayah-wilayah yang diduduki.”

Jabatan Negara AS menegaskan perkataan yang diubah itu tidak bermaksud perubahan dalam polisi.

Israel menduduki Bukit Golan, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza ketika Perang Enam Hari 1967. - AFP

Artikel Berkaitan: