X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Covid-19: Kes harian di Sarawak terus menurun

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

KUCHING - Jumlah kes harian baharu Covid-19 di Sarawak terus menurun dengan 12 kes dilapor hari ini, angka harian terendah sejak jumlah kes penyakit itu meningkat mendadak sejak akhir tahun lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan pada Isnin berkata, bagaimanapun memaklumkan satu lagi kematian akibat penyakit itu direkodkan melibatkan seorang lelaki berumur 78 tahun.

Penurunan kes harian direkodkan pada angka dua digit sejak 4 Disember lepas itu turut melaporkan tiada kes baharu jangkitan paru-paru yang memerlukan ventilator, satu kes memerlukan oksigen, dua kes jangkitan paru-paru dan hanya sembilan kes mengalami gejala ringan atau tiada gejala.

Daerah Bintulu mencatatkan empat kes baharu diikuti Lawas dan Kapit masing-masing dua kes, manakala satu kes masing-masing di Miri, Kuching, Samarahan dan Bau, sementara tiada kes baharu dilaporkan di 34 daerah lain di negeri ini. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!