X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Covid-19: 2,882 kes baharu pada Ahad

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jumlah kes baharu Covid-19 di negara ini pada Ahad menurun kepada 2,882 kes, berbanding 3,386 kes dicatatkan pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes kini berjumlah 2,764,354 kes manakala kes sembuh pula berjumlah 3,291 kes.

Menurutnya, daripada 2,882 kes harian yang dilaporkan, 49 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 2,833 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kes import pula berjumlah 333 kes melibatkan 313 warganegara dan 20 bukan warganegara) sementara kes tempatan sebanyak 2,549 kes yang melibatkan 2,478 warganegara (97.2 peratus) dan 71 bukan warganegara (2.8 peratus).

“Sejumlah 284 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 191 kes disahkan Covid-19 manakala 93 kes lagi disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan).

“Bagi yang memerlukan bantuan pernafasan pula, sebanyak 156 kes dengan 82 kes disahkan Covid-19 sementara 74 kes lagi disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham memaklumkan, sehingga kini terdapat 6,134 kluster di negara ini, dengan satu kluster baharu direkodkan manakala kluster yan tamat berjumlah 5,925 kluster dan kluster aktif adalah sebanyak 209 kluster.

Pada 2 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,882 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,764,354 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 2, 2022


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!