Dua wanita maut terkena renjatan elektrik

Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan kolam sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan. Foto hiasan
Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan kolam sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan. Foto hiasan
A
A
A

​BESUT - Dua wanita ditemui meninggal dunia selepas disyaki terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah kolam ternakan ikan di Pantai Air Tawar, di sini pada Ahad.

​Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian membabitkan mangsa yang berusia 27 dan 49 tahun itu kira-kira jam 1.40 tengah hari.

​Menurutnya, kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan kolam berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

​"Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Daerah Besut bagi tujuan bedah siasat.

​"Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut hadir ke lokasi kejadian bagi membantu pemeriksaan berkaitan," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

​Mohd Rozaime berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

​Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian tersebut.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!