HUSM pusat perubatan pertama di Malaysia miliki MRI tercanggih

Dr Faisal Rafiq menurunkan tandatangan sebagai gimik perasmian MRI MAGNETOM Amira Biomatrix 1.5 Tesla di HUSM pada Jumaat.
Dr Faisal Rafiq menurunkan tandatangan sebagai gimik perasmian MRI MAGNETOM Amira Biomatrix 1.5 Tesla di HUSM pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) menjadi pusat perubatan pertama di negara ini mempunyai teknologi terkini pengimejan resonans magnetik (MRI) iaitu MAGNETOM Amira Biomatrix 1.5 Tesla bagi mengesan penyakit menerusi kaedah imbasan.

Naib Canselor Universiti Malaysia (USM), Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, mesin yang menggunakan teknologi magnet dan radio itu dapat membantu mengenal pasti pelbagai penyakit seperti tumor; pendarahan, kecederaan dalaman, penyakit saluran darah atau apa-apa jangkitan penyakit lain.

"MAGNETOM Amira Biomatrix ini yang dilengkapi teknologi Artificial Intelligence (AI) dan berupaya menghasilkan imej imbasan berkualiti tinggi serta konsisten terhadap semua kategori pesakit," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurutnya, sistem MRI terbaharu ini yang akan digunakan pada Januari menawarkan lebih fleksibiliti kepada pesakit yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan saiz tubuh.

Beliau berkata, teknologi itu memudahkan kawalan pergerakan respiratori dan adaptasi sistem terhadap bahagian tubuh tertentu bagi mengekalkan kehomogenan magnet yang tinggi.

Dr Faisal Rafiq berkata, teknologi tersebut juga memendekkan masa pemeriksaan yang memberi keselesaan maksimum kepada pesakit sekali gus membolehkan lebih banyak kes dapat dikendalikan.

"Perolehan mesin baharu yang canggih ini dan bernilai RM5.7 juta secara tidak langsung membantu perkhidmatan MRI di Hospital USM. Malah, premis-premis Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan fasiliti perubatan swasta di dalam serta luar Kelantan turut mendapat manfaat bersama.

"Kami berharap perkhidmatan ini dapat mempercepatkan lagi diagnosis penyakit dalam kalangan pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital USM," katanya.

Artikel Berkaitan: