Banjir Kelantan: Jumlah mangsa ke PPS meningkat

Keadaan di Kampung Legeh, Ayer Lanas di Jeli sejak mula dinaiki air pada Khamis.
Keadaan di Kampung Legeh, Ayer Lanas di Jeli sejak mula dinaiki air pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini semakin meningkat iaitu seramai 1,501 orang berbanding 953 orang pada Khamis.

Menurut infobencana.jkm, sehingga jam 8 pagi, 18 buah PPS dibuka yang melibatkan daerah Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah bagi menempatkan 443 keluarga.

Hujan berterusan di beberapa daerah juga memberi kesan kepada peningkatan paras air di beberapa sungai utama di negeri ini.

Menurut laman sesawang publicinfo banjir awal pagi Jumaat, air di dua sungai utama sudah melebihi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan Kampung Temangan, Machang.

Selain itu, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Kelantan di Kusiah Tanah Merah melebihi paras amaran dan enam sungai lain berada di paras waspada.

Sungai tersebut adalah Sungai Galas di Limau Kasturi, Sungai Lebir di Kuala Koh; Rantau Panjang, Kampung Karangan, Sungai Ayer Lanas dan Sungai Golok di Rantau Panjang.

Orang ramai terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko dinasihatkan supaya mengambil langkah awal berpindah ke lokasi yang lebih selamat bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Artikel Berkaitan: