Kelantan buka 13 PPS, 953 mangsa banjir dipindahkan

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Hujan berterusan di beberapa daerah di negeri ini sejak Rabu mengakibatkan beberapa kawasan rendah mula dinaiki air sejak awal pagi Khamis.

Menurut infobencana.jkm, sehingga jam 6 petang Khamis, seramai 953 mangsa banjir dipindahkan ke 13 buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di negeri ini.

Jumlah berkenaan melibatkan 270 keluarga yang terdiri daripada 629 dewasa, 288 kanak-kanak dan 36 bayi.

Sementara itu, paras air di dua sungai utama sudah melebihi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan Sungai Lanas di Jeli.

Sungai Kelantan di Limau Kasturi, Gua Musang, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Kampung Karangan masing-masing mencatatkan bacaan melebihi paras waspada.

Orang ramai terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko dinasihatkan untuk mengambil langkah awal berpindah ke lokasi yang lebih selamat bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Artikel Berkaitan: